Saturday, 16 March 2013

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 6



BAHAGIAN A – MENULIS RENCANA
AKTIVITI  PERIKANAN  DAN PERINDUSTRIAN  DI  JEPUN
1.      Aktiviti Perikanan Di Jepun
Jepun adalah sebuah sebuah negara yang terletak paling timur di dunia . Oleh sebab itu Jepun digelar Negara Matahari Terbit . Jepun terdiri daripada 6,852 pulau yang membentuk segugusan kepulauan. Pulau-pulau utama yang terletak dari utara ke selatan adalah HokkaidoHonshu (pulau terbesar),Shikoku, dan Kyushu. Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya. Sebagian besar pulau di Jepun bergunung-gunung, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi. Gunung tertinggi di Jepun ialah Gunung Fuji yang merupakan sebuah gunung berapi yang pendam. Kawasan landai yang sesuai untuk aktiviti pertanian hanya 20% daripada keluasan Jepun .Bentuk muka bumi yang sebegini telah mendorong ramai rakyat Jepun melibatkan diri dalam aktiviti perikanan . Jepun merupakan Negara perikanan kedua terbesar di dunia dengan hasil tangkapannya separuh daripada jumlah hasil tangkapan ikan dunia .Jepun mempunyai lebih daripada  2000 pelabuhan pemancing iaitu di Nagasaki , Kyushu , Otaru , Kushiru dan Abashi di Hokaido . Pelabuhan utama di Pantai Pasifik
                                            

                                             Jepun : kedudukan pulau-pulau utama :  
Jepun adalah negara yang dikelilingi oleh lautan dan terdiri dari empat pulau utama dan pulau-pulau kecil. Iklimnya bervariasi dari satu daerah ke daerahyang lain . Sebahagian besar negara ini mengalami kejadian  empat musim yang nyata. Musim bunga pada bulan Mac, April, dan Mei. Musim panas pula pada bulan Jun, Julai, dan Ogos. musim gugur September, Oktober, dan November. Musim dingin di bulan Desember, Januari, dan Februari.Suhu normal Jepang iaitu pusat Bandar Tokyo adalah 16,3 darjah C, Sapporo iaitu kota di Hokkaido adalah 8.9 darjah C dan  Naha iaitu kota di Okinawa adalah 23,1 darjah C . Hujan di Jepun berlaku pada awal Mei di Okinawa. Di daerah lain, biasanya berlaku dari awal Jun hingga pertengahan Julai dan Ogos hingga Oktober di mana ia merupakan  musim tiupan angin kencang menurut Badan Meteorologi Jepun.
Kepentingan Kegiatan Perikanan Di Jepun
Perikanan merupakan kegiatan ekonomi yang  penting di Jepun . Ini kerana hasil ikan merupakan sumber makanan protein yang utama bagi kebanyakkan penduduk  Jepun . Ikan juga merupakan sumber protein yang murah dan mudah didapati . Hasil tangkapan ikan yang banyak sangat diperlukan untuk memenuhi permintaan dari dalam dan luar negara . Jepun adalah salah satu negara pengekspot ikan yang terpenting di dunia .Jepun mengekspot ikan-ikannya di kebanyakkan negara seperti di Timur Tengah , Eropah dan lain-lain . Perikanan di Jepun  dijalankan secara komersial dan besar-besaran. Dengan ini aktiviti perikanan dapat memberi peluang pekerjaan kepada sebahagian penduduknya .Peluang pekerjaan ini boleh diperolehi sama ada daripada  aktiviti menangkap ikan ataupun dalam bidang pemprosesan ikan .Bagi meningkatkan hasil tangkapan para nelayan akan menggunakan pelbagai cara seperti menggunakan pukat tunda , pukat hanyut , pancing atau menggunakan kaedah yang lebih moden.   
                 
                    Pukat tarik antara kaedah mengakap ikan yang dapat menghasilkan hasil tangkapan yang banyak
Hasil-hasil ikan yang ditangkap akan akan digunakan sebagai bahan mentah dalam industri  ringan .Industri ini menghasilkan pelbagai jenis barangan seperti ikan segar , ikan yang disejukbeku , ikan yang dikeringkan dan ikan yang ditinkan . Di samping itu hasil ikan juga akan menghasilkan minyak  ikan , baja dan makanan ternakan .   Selain itu  rakyat Jepun juga  berkecimpung dalam aktiviti memproses ikan untuk dijadikan  filet ikan ataupun sushie iaitu sajian ikan yang istimewa bagi masyarakat Jepun . Dengan ini perikanan dapat  menambah pendapatan rakyat Jepun sehingga Jepun terkenal sebagai antara negara yang berpendapatan ting. Industri pemancingan Jepun dari dalam  dan luar negeri, telah lama dipusatkan di pasar ikan Tsukiji, di Tokyo, yang  merupakan satu pasar  borongan terbesar untuk makanan laut segar, beku dan diproses.
                              
                                                      Sushie iaitu makanan tradisional Jepun
Jenis-jenis Aktiviti Perikanan Di Jepun
Jenis aktiviti perikanan yang dijalankan di Jepun termasuklah aktiviti perikan pinggir laut , perikanan laut dalam dan perikanan darat .
1.      Perikanan pinggir laut
Jenis ini merupakan jenis perikanan yang paling popular  yang dijalankan di Jepun . Aktiviti  perikanan jenis ini melibatkan kawasan perairan  yang kurang 30 km dari pinggir laut . Kawasan perikanan terpenting ialah kawasan perairan cetek di pentas dunia seperti di Laut Jepun . Cara penangkapan ikannya ialah cara tradisional seperti menggunakan pukat pukat tangkul  , pukat jerut , bubu , rawai dan jala . Perikanan pinggir laut dapat menghasilkan tangkapan yang lebih banyak  . Ikan  yang biasa ditangkap di kawasan ini adalah lebih kecil seperti sardin , tongkol , hering , gelama dan lain-lain . Ikan-ikan yang ditangkap itu di jual di pasar-pasar ikan yang banyak terdapat di Jepun  ataupun digunakan sebagai bahan mentah untuk  industry memproses . 
                         
                                             Hasil perikanan pinggir pantai -  ikan sardin    
2.    Perikanan Laut Dalam
Perikanan laut dalam dijalankan di kawasan perairan yang jaraknya  melebihi 30 km daripada pinggir laut . Jepun adalah antara negara yang sangat giat menjalankan perikanan laut dalam . Antara  ikan yang biasa ditangkap ialah ikan salmon dan ikan tuna. Aktiviti perikanan  laut dalam memerlukan peralatan yang canggih seperti alat pengesan ikan sonik , radar dan kapal-kapal perikanan yang dilengkapi  dengan kemudahan pukat tunda , pengawet dingin dan kilang mengetin ikan . Jepun juga dalah salah satu  negara yang kurang melakukan  pemburuan ikan paus secara menyalahi undand-undang . Sebagai ahli International Whaling Commission, kerajaan berikrar bahawa armadanya akan menghadkan pemancingan mereka pada kuota antarabangsa, tetapi ia menarik kecaman antarabangsa dengan kegagalannya untuk menandatangani perjanjian meletakkan suatu penghentian sementara pada penangkapan sperm whales. Kini Jepun melaksanakan "penyelidikan pemburuan ikan paus" untuk ikan paus minke di lautan mengelilingi Antartika .
                        
                     Gambar ikan tuna                                                       Gambar ikan salmon
                                          
                                                       Dunia ikan paus
3.      Perikanan Akuakultur
Jepun juga telah memajukan secara besar teknik aquakultur atau pertanian laut. Dalam sistem ini, tukun tiruan dan teknik mengeramkan digunakan untuk membiak ikan dan kerang-kerangan, yang kemudian dibebaskan ke dalam sungai atau laut. Ikan dan kerang-kerangan ini ditangkap selepas mereka membesar. Ikan salmon dibesarkan dengan cara ini.. Penternakan iakan secara saintifik kini semakin penting di Jepun . Jepun telahpun memajukan  pelbagai cata untuk menternak ikan  dan karangan laut di kawasan laut dan  kawasan air tawar . Cara saintifik ini dikenali sebagai ‘ Revolusi Biru’ dalam  perusahaan  perikanan . Penternakan ikan , udang ,dan ketam air tawar di dalam sangkar , kolam dan sungai merupakan satu lagi teknologi moden dalam aktiviti perikanan .

Fakror-faktor  Penggalak Perikanan Di Jepun.
Antara sebab mengapa Negara Jepun sangat maju dalam bidang perikanan adalah seperti berikut ;
Terdapat sumber ikan yang banyak  di Jepun . Ini kerana Jepun terletak di kawasan pelantar  benua dan dikelilingi laut yang luas  .Keadaan  lautnya  pula cetek dan terdapat banyak terumbu karang . Keadaan ini membolehkan pancaran cahaya matahari sampai ke dasar laut . Ini akan menggalakkan pertumbuhan  plankton dan batu karang . Terumbu karang  menjadi tempat ikan yang  selamat untuk berlindung,  bertelur  dan proses  pembiakan  iakan selanjutnya .
Pinggir pantai Jepun  pula  panjang dan berteluk-teluk . Ini amat sesuai untuk dijadikan tapak bina pelabuhan yang terlindung  seperti Yokohama , Osaka dan Tokyo . Di Jepun terdapat banyak pelabuhan  pendaratan  ikan seperti   pelabuhan untuk pemancing .
Pertemuan arus panas Kuro Shio dan arus sejuk Oya Shio di dalam laut akan  menggalakkan  pertumbuhan plankton  . Plankton adalah sumber makanan bagi ikan . Makanan ikan yang cukup  akan  membantu pembiakan ikan seterusnya akan menambah jumlah ikan di Laut Jepun laut .
Permintaan yang tinggi terhadap hasil-hasil perikanan serperti ikan , udang , ketam dan sebagainya . Hasil perikanan ini diperlukan dengan banyak untuk dijadikan sushie , bahan mentah untuk aktiviti  perindutrian  dan di eksport ke luar Negara .
Penternakan tiram pula untuk  menghasilkan mutiara . Ia dijalankan di Teluk Ise rhampiran dengan Nagoya .
                  
                                          Proses mendapatkan  mutiara daripada tiram       
 Banyak industry perkapalan yang menyediakan kemudahan yang moden dan maju . 

Kemajuan perikanan di  Jepun
Perkembangan dan kemajuan aktiviti perikanan di Jepun adalah kerana penggunaan alat-lat penangkapan sperti pukat tunda yang tahan lasak . Gentian ini diperbuat daripada gentian sentetik yang tidak mudah koyak dan dapat digunakan dalam tempoh lama .  Selain itu nelayan Jepun menggunakan perlatan menangkap ikan yang lebih moden seperti alat radar , sonar , computer dan satelit untuk mengesan kumpulan ikan . Kapal-kapal perikan Jepun pula besar dan dilengkapi bilik pengawet dingin dan kilang memproses ikan seperti mengetin ikan . Selain itu Jepun juga menggunakan cara saintifik untuk mengawal suhu dan keadaan air di dalam kolam-kolam ternakan ikan . Di samping itu cara bioteknologi telah digunakan untuk untuk mengatasi masalah pencemaran air dan kekurangan makanan pada masa hadapan , Kaedah ini telah menggunakan sisa-sisa buangan sebagai baja untuk rumpai duck weed . Rumpai ini pula akan digunakan untuk memproses makanan ikan .   
2.      KEGIATAN PERINDUSTRIAN DI JEPUN
Pengenalan
Pada awalnya Jepun merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar tutup pintu [sakoku] atau dasar pemencilan diri . Walau bagaimanapun, kedatangan Komodor Matthew Perry dengan Kapal Hitam” Angkatan Laut Amerika Syarikat berjaya mengubah dasar tutup pintu Jepun. Melalui Perjanjian Kanagawa [Konvensyen Kanagawa] , Matthew Perry  yang datang dengan angkatan  laut yang kuat serta teknologi yang moden berjaya memaksa Jepun untuk menerima kehadiran orang barat.

Era Pemulihan Meiji
Peralihan era keshogunan [ yang mengamalkan sistem feudal] kepada era kerajaan Meiji menyaksikan bermulanya zaman Pemulihan Meiji . Langkah yang dijalankan semasa zaman Pemulihan Meiji ialah dengan  Jepun memperkenalkan sistem politik, undang-undang dan ketenteraan bercorak ala barat. Jepun juga telah menubuhkan Dewan Penasihat Maharaja , menyusun Perlembagaan Meiji dan membentuk Parlimen Diraja . Kesan daripada Pemulihan Meiji telah membawa  kesan positif kepada Jepun iaitu mempercepatkan proses pemulihan dan perindustrian di Jepun serta memperkuatkan  pertahanan ketenteraan Jepun .
Ativiti Perindustrian
 Selain aktiviti perikan Jepun juga sangat pesat dalam bidang  perusahaan dan industri . Jepun merupakan Negara  perindutrian yang termaju dan terpenting di Asia . Perkembangan perindustrian di Jepun adalah disebabkan oleh p-erkembangan teknologi canggih yabg diperolehi melalui pemindahan maklumat dan teknologi dari Negara-negara barat . Teknologi yang dipindahkan ini akan diubahsuai  mengikut keadaan dan kesesuaian di Jepun . Kawasan perindustrian yang utama di Jepun ialah Keihin , Hanshin , dan Chukyo yang meliputi pusat perindustrian utama seperti di Tokyo , Yokohama , Kobe Osaka, Nagoya dan Kitakyushu . Kawasan perindustrian Keihin iaitu meliputi Tokyo , Yokohama dan Kawasaki  menjalankan aktiviti perindustrian seperti  industry tekstil , pulpa dan kertas , bahan kimia , kejuruteraan berat , pembinaan kapal , besi dan keluli , kejuruteraan elektrik , penapisan minyak , simen , kaca , perabot , kamera dan kereta . Teluk Ise ( Nagoya ) melibatkan industry kain  kapas , tembikar , kapal terbang , kereta dan petrokimia . Kawasan perindustrian Hanshin iaitu Osaka , Kobe dan Kyoto pula menjalankan industri  kain , mesin kejuruteraan elektrik , keluli , pembinaan kapal , logam ,petrokimia , kerja seni , sutera , seramik dan sake . Manakala kawasan Kitakyushu iaitu melibatkan Kitakyushu , Yawata dan Fukuoka menjalankan  aktiviti  industri besi dan keluli , pembinaan kapal , kejuruteraan elektrik , kertas dan palpa , simen dan baja .   
                        Sektor perindustrian telah menyumbangkan kira-kira 93.5% daripada pendapatan Negara dan melibatkan 35% daripada jumlah tenaga kerja Jepun . selain itu Jepun juga sangat maju dalam industry berat seperti industry besi dan keluli , kejuruteraan berat , membuat kenderaan , membina dan membaiki kapal . Jepun merupakkan pengeluar dan pengekspot kapal penumpang , kapal tangki minyak , dan kereta yang terbesar di dunia . Antara jenis kenderaan yang dibuat oleh Jepun ialah motosikal Honda , kereta Toyota , Mitsubishi dan lain-lain lagi . Kereta buatan Jepun dipasarkan secara meluas ke Negara-negara sedang membangunkan sepert Malaysia .
                          
                                                         Kawasan perindustrian di Jepun
Fakror-faktor yang menggalakkan  perindustrian di Jepun
Terdapat pelbagai faktor yang menggalakkan perkembangan aktiviti perindustrian di Jepun antaranya ialah :
Bekalan kuasa yang banyak dan murah seperti kuasa hidroelektrik , tenaga haba dan tenaga nuklear . Faktor ini menjadikan Jepun mampu bergerak ke hadapan dengan pesat tanpa dan boleh menjalankan aktiviti perindustrian apa sahaja dengan kos yang lebih rendah
Bekalan bahan mentah yang banyak sama ada  hasil keluaran Jepun sendiri atau diimport  seperti bijih besi dari India , petroleum dari Arab Saudi , kayu balak dari Thailand dan minyak kelapa sawit dari Malaysia . Keadaan ini menggalakkan penerokaan berbagai-bagai jenis industiy pemprosesan  dan pembuatan .
Tenaga buruh yang banyak , murah , mahir dan mempunyai etika kerja yang baik dan berprodutiviti tinggi . Rakyat Jepun terkenal dengan rakyatnya yang rajin dan bijak bekerja . Ini membolehkan JUepun menghasilkan produk yang bermutu dan murah harganya .
Jalinan hubungan dan pengangkutan yang cekap seperti jalan raya , jalan kereta api dan kemudahan pelabuhan yang lengkap serta moden untuk mengendalikan urusan eksport dan import . Jalinan perhubungan yang baik sangat perlu untuk mengembangkan sektor perindustrian  lebih pesat . Oleh yang demikian kerja-kerja mengangkut bahan mentah dan memasarkan produk dapat dilakukan dengan mudah dan rendah kosnya .
Penggunaan teknologi moden seperti robot dan komputeran  bagi mengurangkan pergantungan tenaga buruh dan dapat meningkatkan daya pengeluaran . Robot aras teknologi tinggi mampu melakukan tugas walaupun persekitarannya berubah seperti wujudnya objek yang menghalang pergerakannya. Robot memahami persekitarannya melalui penggunaan penderia. Tugas yang dilaksanakan hendaklah sesuai dengan ciri robot aras tinggi . Tugas yang dilakukan oleh robot ini adalah lebih kompleks berbanding penggunaan robot aras  sederhana kerana mempunyai lebih enam sendi dan dikawal oleh mikrokompemproses 16 bit ke atas .

                 

                                     Perkembangan Perindustrian di Jepun
Perkembangan perindustrian di Jepun dapat dilihat dalam 4 bidang iaitu;
1.  Pengekalan Industri Proto
Industri proto merujuk kepada satu bentuk pengeluaran pembuatan dan organisasi. Sehingga tahun 1890, pertanian masih menjadi penyumbang utama ekonomi Jepun. Teh dan sutera antara hasil utama Jepun. Hasil pertanian yang banyak membolehkan Jepun mengekalkan produk industri-proto di bandar dan juga luar bandar.

2. Perkembangan bidang pelaburan
Pelaburan domestik dalam bidang industri dan infastruktur menjadi penggerak bidang pelaburan di Jepun. Sektor awam dan sektor swasta menjadi pelabur utama dalam bidang infrastruktur. Selain itu, Jepun turut membina kilang sutera, simen dan senjata. Syarikat Mitsui, Mitsubishi dan Kawasaki adalah antara syarikat industri besar yang banyak menyumbang kepada perkembangan perindustrian di Jepun. Antara hasil keluarannya ialah kenderaan , barangan elektrik , kamera dan lain-lain lagi
                                          

                                              Hasil keluaran Jepun : kereta Honda Hybrid
3. Peralihan Bidang Tumpuan
Bidang pertanian dimajukan dengan memperkenalkan pembaharuan seperti penggunaan jenteradan mesin elektrik , penemuan benih berkualiti dan penggunaan teknologi pertanian dari barat. Pembaharuan ini menyebabkan hasil pertanian Jepun semakin meningkat. Faktor ini membawa kepada perkembangan sektor pembuatan. Jepun kemudiannya  memberi tumpuan kepada sektor pembuatan  sekaligus telah memacu perkembangan sektor perindustrian.

4. Pengenalan Ekonomi Dualisme
Hal ini menyebabkan gaji di sektor perindustrian yg besar lebih tinggi berbanding di pedalaman secara tidak langsung memacu perkembangan perindustrian. Pengenalan ekonomi dualisme membawa kepada pengkategorian buruh mengikut kemahiran dan pasaran serta ketidaksamaan pendapatan . Firma besar menawarkan gaji yang besar manakala firma kecil menawarkan gaji yg rendah.

Kesimpulan .
 Sesuai dengan geografinya yang dikelilingi laut, kegiatan perikanan turut berkembang. Kedudukan Jepun yang terletak di persimpangan arus panas dan arus sejuk menjadikan perairan Jepun kaya dengan ikan.Selain itu Jepun juga menjalankan aktiviti perindustrian yang pesat . .Kedua-dua sector ini berjallan seiring bagi menjana ekonomi Jepun . Walaupun Jepun ekonomi Jepun sukar dijana melalui aktiviti pertanian tetapi Jepun mampu bergeraka maju dalam kedua-dua bidang ini walaupun sering dilanda mala petaka .